Syarat-syarat Tempahan dan Bayaran

1. Tempahan dan pengesahan untuk sebarang produk di dalam blog kami hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal.

2. Jika anda memerlukan dengan kadar lebih segera, sila hubungi/maklumkan kepada kami. Mungkin kami masih boleh slotkan tempahan 'urgent' anda, namun bergantung kepada kekosongan di kalendar kami pada waktu tersebut.

3. Bagi sebarang tempahan, 50% deposit adalah diperlukan sebagai pengesahan dibayar melalui bank transfer atau secara tunai. Sila email/sms kepada kami transaksi anda. Baki pembayaran hendaklah dibuat semasa/sebelum pengambilan barangan dibuat.

4. Tempahan hanya akan dibuat setelah deposit diterima. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat selepas tempahan anda telah kami proses.

Terima kasih... :)